Sabtu, 11 Jun 2011

RASUAH DALAM BOLA SEPAK, SAMPAI BILA?

KUALA TERENGGANU - Pihak polis diminta melakukan siasatan dengan segera laporan sebuah akhbar yang mendedahkan kenyataan seorang jurulatih pasukan bolasepak T-Team, berkenaan amalan rasuah yang berlaku dalam pasukan bolasepak negeri Terengganu itu.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang (DPPKM) menyifatkan kenyataan yang dibuat oleh beberapa pihak termasuk penerima dan pemberi rasuah menunjukkan isu rasuah kembali menghantui arena bolasepak negara.

Menurut Setiausahanya, Mohamad Aswadi Bin Mohamad, DPPKM memandang serius isu ini apabila pada 3hb Jun seorang jurulatih pasukan T-Team menyatakan pemain beliau mengaku menerima rasuah.

"DPPKM memandang serius isu ini apabila 3 Jun yang lalu, tersiar di sebuah akhbar mengenai seorang jurulatih pasukan T-Team yang mendedahkan bahawa pemain beliau mengaku menerima rasuah.

"sebelum itu bekas pengurus pasukan T-Team juga mendakwa mengakui isu tersebut masih lagi berleluasa,"katanya menurut satu kenyataan yang diedarkan kepada media, pada Isnin, 6 Jun.

Oleh itu, menurut Aswadi, pihak polis perlu bertindak menyiasat laporan akhbar tersebut, walaupun dilaporkan pihak Ketua Polis Negeri belum menerima apa-apa laporan rasmi.

Sehubungan itu, DPPKM juga, kata Aswadi,  meminta pihak polis melakukan penyiasatan secara menyeluruh, semua pihak yang terlibat dengan bolasepak dinegeri Terengganu, khususnya pasukan T-Team.

"samada Skuad negeri, kelab, presiden mahupun pelapis tidak mengira pangkat samada pengurusan sehinggalah kepada pemain simpanan.

"semua  persatuan bolasepak haruslah membuat laporan polis dengan kadar segera, agar tindakan pantas dan segera dapat diambil bagi membendung isu ini semakin menular,"tegasnya
http://buletinonline.net/images/stories/berita49/pengakuan%20T-Team.gif

Katanya, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga mesti mengambil tindakan tegas dalam menangani dalam isu 'barah' bolasepak negara itu.

Selain membawa kepada pengadilan dan menghukum mereka yang terbabit, DPPKM menyarankan FAM bertindak pro-aktif mengambil tindakan 'mencegah lebih baik dari merawat'.

"memandangkan perkara (rasuah bolsepak) ini boleh kembali 'menjelma semula' walaupun tindakan diambil, hukuman dilaksanakan,

"(DPPKM) menyarankan (kaedah pencegahan dengan) pengisian ruhiyyah atau kerohanian dipertingkatkan samada dalam kursus, latihan ataupun (setiap kali) selepas latihan diadakan tazkirah (peringatan),"jelasnya.

Menurut Aswadi, sukan bolasepak merupakan sukan nombor satu yang mempunyai peminat paling ramai peminat.

Justeru, tindakan segera katanya, dapat mengelak berulangnya 'barah rasuah bolasepak' yang pernah melanda arena bolasepak negara sebagaimana yang berlaku pada tahun 1994 dan 1995.

"Wabak 'rasuah' yang melanda bolasepak negara amat parah pada tahun 1994 - 1995, sehingga 120 orang pemain, jurulatih dan pegawai telah disiasat, (ada yang) digantung setahun hingga empat tahun,"katanya mengimbas kembali peristiwa tersebut.

sumber : http://buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=3651:rasuah-bolasepak-t-team-polis-diminta-siasat-pengakuan-jurulatih&catid=35:dalam-negeri&Itemid=85

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

perkongsian yang menarik. gejala rasuah harus dihentikan, bersihkan imej sukan negara. kualiti dan pencapaian atlet sukan negara kita mesti ditingkatkan..

Gsport berkata...

asslamualaiku...napa tiada gejala rasuah dalam sukan2 lain ah? lau ada tolong carikan maklumat.berminat juga nak tau. tQ

zannie berkata...

gejala rasuah bola sepak di Malaysia kini kembali semula...hukuman yang telah dijatuhkan kepada bekas2 pemain bola sepak yang menerima rasuah langsung tidak memberikan kesan kepada pemain2 yg masih mengamalkan rasuah ini.Apakah hukuman sebelum ini belum cukup untuk menyedarkan mereka ?

Catat Ulasan