Sabtu, 11 Jun 2011

ANTOMI DAN FISIOLOGI

Anatomi dan Fisiologi dalam Pendidikan Jasmani
Anatomi dan fisiologi bermaksud struktur serta kedudukan sesuatu organ berkaitan dengan badan manusia serta fungsinya dalam aktiviti dalam kehidupan manusia. Anatomi dan juga fisiologi memainkan peranan yang penting sebagai pengetahuan asas bagi pakar-pakar dalam bidang perubatan seperti doktor perubatan dan juga pakar bioperubatan.
Anatomi
Anatomi boleh dikatakan sebagai satu kajian tentang struktur sesuatu badan manusia dan perkaitan antara struktur itu satu dengan yang lain. Perkataan anatomi berasal dari perkataan Yunani ‘ana’ yang bermaksud asingkan manakala ‘tome’ yang membawa maksud memotong. Anatomi badan manusia tergolong dalam kumpulan-kumpulan berikut:
• Sel dan histologi,
• Sistem pernafasan,
• Sistem kardiovaskular,
• Sistem pencernaan,
• Sistem lokomotif,
• Sistem saraf.
Badan manusia terdiri daripada struktur asas tubuh iaitu yang terdiri daripada Sistem Rangka dan juga Sistem Otot. Sistem Rangka merupakan gabungan daripada tulang-tulang yang terdapat dalam badan. Sebanyak 206 tulang yang ada dalam sistem rangka. Sokongan adalah satu fungsi dalam tubuh badan manusia. Tulang-tulang yang ada dalam badan akan menjadi penyokong untuk bergerak, berlari, berjalan, melakukan aktiviti-aktiviti fizikal dan sebagainya. Selain itu juga sistem rangka juga memainkan peranan yang penting sebagai pelindung. Kita boleh katakana sisitem rangka sebagai pelindung kerana tulang-tulang ini akan melindungi organ dalamaan badan daripada tercedera. Sebagai contoh seorang pemain bola tidak akan mengalami kecederaan organ dalaman yang teruk apabila terkena tendangan yang kuat kerana sistem rangka ini memberi perlindungan kepada organ dalaman badan. Pergerakan juga merupakan fungsi sistem rangka. Tulang-tulang dalam badan akan membantu pergerakan badan kita. Jika badan kita tidak mempunyai tulang, ini akan menyebabkan badan kita akan menjadi satu jasad yang tidak akan dapat bergerak. Penghasilan darah merah berlaku didalam tulang manusia. Selain daripada memberi perlindungan, sokongan bahkan membantu dalam pergerakan sistem rangka juga penting sebagai satu tempat penghasilan darah merah dalam sum-sum tulang. Oleh yang demikian badan memerlukan tulang bukan sebagai penyokong dan sebagainya tetapi juga sebagai tempat penghasilan sel darah merah.

Jenis-jenis tulang yang terdapat pada badan manusia

Tulang dalam badan manusia boleh dikelaskan dalam empat kumpulan iaitu tulang panjang, tulang pendek, tulang pipih dan juga tulang yang tidak sama bentuk.

Sistem otot juga memainkan peranan yang sangat penting dalam badan manusia. Tiga jenis otot utama yang ada dalam badan manusia ialah otot rangka yang terdiri daripada delton, bisep, trisep dan sebagainya. Otot yang terpenting dan hanya terdapat pada jantung manusia ialah otot kardiak. Selain itu, otot licin adalah satu jenis otot yang paling penting dalam badan manusia. Otot ini lebih kepada otot dalaman seperti otot hati, usus dan sebagainya. Sistem hati memainkan peranan yang sangat penting dalam tubuh badan manusia. Otot-otot ini digunakan untuk menghasilkan pergerakan. Selain itu juga otot –otot ini dapat mengekalkan postur badan manusia daripada berubah bentuk. Otot badan juga sangat penting untuik penghasilan haba dalam badan disamping menstabilkan sendi-sendi.

0 ulasan:

Catat Ulasan