Sabtu, 11 Jun 2011

RASUAH DALAM BOLA SEPAK, SAMPAI BILA?

KUALA TERENGGANU - Pihak polis diminta melakukan siasatan dengan segera laporan sebuah akhbar yang mendedahkan kenyataan seorang jurulatih pasukan bolasepak T-Team, berkenaan amalan rasuah yang berlaku dalam pasukan bolasepak negeri Terengganu itu.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang (DPPKM) menyifatkan kenyataan yang dibuat oleh beberapa pihak termasuk penerima dan pemberi rasuah menunjukkan isu rasuah kembali menghantui arena bolasepak negara.

Menurut Setiausahanya, Mohamad Aswadi Bin Mohamad, DPPKM memandang serius isu ini apabila pada 3hb Jun seorang jurulatih pasukan T-Team menyatakan pemain beliau mengaku menerima rasuah.

"DPPKM memandang serius isu ini apabila 3 Jun yang lalu, tersiar di sebuah akhbar mengenai seorang jurulatih pasukan T-Team yang mendedahkan bahawa pemain beliau mengaku menerima rasuah.

"sebelum itu bekas pengurus pasukan T-Team juga mendakwa mengakui isu tersebut masih lagi berleluasa,"katanya menurut satu kenyataan yang diedarkan kepada media, pada Isnin, 6 Jun.

Oleh itu, menurut Aswadi, pihak polis perlu bertindak menyiasat laporan akhbar tersebut, walaupun dilaporkan pihak Ketua Polis Negeri belum menerima apa-apa laporan rasmi.

Sehubungan itu, DPPKM juga, kata Aswadi,  meminta pihak polis melakukan penyiasatan secara menyeluruh, semua pihak yang terlibat dengan bolasepak dinegeri Terengganu, khususnya pasukan T-Team.

"samada Skuad negeri, kelab, presiden mahupun pelapis tidak mengira pangkat samada pengurusan sehinggalah kepada pemain simpanan.

"semua  persatuan bolasepak haruslah membuat laporan polis dengan kadar segera, agar tindakan pantas dan segera dapat diambil bagi membendung isu ini semakin menular,"tegasnya
http://buletinonline.net/images/stories/berita49/pengakuan%20T-Team.gif

Katanya, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga mesti mengambil tindakan tegas dalam menangani dalam isu 'barah' bolasepak negara itu.

Selain membawa kepada pengadilan dan menghukum mereka yang terbabit, DPPKM menyarankan FAM bertindak pro-aktif mengambil tindakan 'mencegah lebih baik dari merawat'.

"memandangkan perkara (rasuah bolsepak) ini boleh kembali 'menjelma semula' walaupun tindakan diambil, hukuman dilaksanakan,

"(DPPKM) menyarankan (kaedah pencegahan dengan) pengisian ruhiyyah atau kerohanian dipertingkatkan samada dalam kursus, latihan ataupun (setiap kali) selepas latihan diadakan tazkirah (peringatan),"jelasnya.

Menurut Aswadi, sukan bolasepak merupakan sukan nombor satu yang mempunyai peminat paling ramai peminat.

Justeru, tindakan segera katanya, dapat mengelak berulangnya 'barah rasuah bolasepak' yang pernah melanda arena bolasepak negara sebagaimana yang berlaku pada tahun 1994 dan 1995.

"Wabak 'rasuah' yang melanda bolasepak negara amat parah pada tahun 1994 - 1995, sehingga 120 orang pemain, jurulatih dan pegawai telah disiasat, (ada yang) digantung setahun hingga empat tahun,"katanya mengimbas kembali peristiwa tersebut.

sumber : http://buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=3651:rasuah-bolasepak-t-team-polis-diminta-siasat-pengakuan-jurulatih&catid=35:dalam-negeri&Itemid=85

MENGENALI BOLA SEPAK


Bola Sepak

Bola sepak atau sepak bola ( football atau soccer) ialah sukan sepasukan yang paling banyak dimainkan dan ditonton di dunia. Badan pentadbiran dunia bola sepak ialah FIFA, atau Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (B. Inggeris: International Federation of Association Football, B. Perancis: Fédération Internationale de Football Association)

Sejarah

Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah.
Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular. Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi Undang-undang Bola Sepak hari ini.
Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini ditubuhkan pada 1886 dan mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat wakil persatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti.
Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur.
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang minimum tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya.
Banyak pihak dalam dunia bola sepak membangkitkan keinginan yang sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan individu samada peminat, komuniti tempatan, malah negara; oleh itu ia merupakan sukan yang sangat popular di dunia. Oleh kerana itu ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu.

Taktik

Maklumat lanjut: Kedudukan dan formasi bola sepak
Peraturan perlawanan tidak menspesifikkan kedudukan pemain-pemain selain pejaga gol. Bagaimanapun, semasa perubahan kemajuan perlawanan sukan ini, sebilangan pemain yang spesifik telah berubah. Mereka termasuklah:
  • pertahanan – pemain yang pakar dalam mencegah jaringan gol musuh.
  • pemain tengah – pemain yang melakukan serangan dan memberikan lorongan bola kepada penyerang, tetapi juga menolong pertahanan dengan mengganggu serangan pasukan lawan pada peringkat awal.
  • penyerang – pemain-pemain yang berperanan untuk menjaringkan gol.
Kedudukan-kedudukan ini selanjutnya dibezakan oleh bahagian mana pemain banyak menghabiskan masa. Sebagai contoh, terdapat pertahanan tengah dan pemain tengah kiri.
Para pemain mungkin menghabiskan kebanyakan masa dalam perlawanan dalam bahagian spesifik di padang; bagaimanapun; mereka tidak dikekang oleh peraturan sukan dan boleh berubah kedudukan pada bila-bila masa. Ini juga boleh digunapakai oleh penjaga gol, yang biasanya menghabiskan kebanyakan masa perlawanan berhampiran dengan gol tetapi boleh melibatkan diri dalam permain berpasukan. Ini biasanya hanya berlaku pada tendangan percuma atau tendangan sudut di akhir perlawanan itu.
Susun atur para pemain di padang dipanggil sebagai formasi. Untuk menggambarkan satu formasi tiga nombor digunakan. Nombor pertama menentukan berapa banyak pemain pertahanan digunakan, yang kedua adalah bilangan pemain tengah yang akan digunakan dan yang ketiga adalah bilangan penyerang. Formasi yang popular dalam bola sepak moden termasuklah 4-4-2, 4-3-3, 3-5-2, 3-4-3 dan 4-5-1.
Jurulatih biasanya berperanan mengatur formasi dan taktik sesebuah pasukan.

Cara permainan

Bola sepak adalah sejenis permainan yang dimainkan di antara dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain yang masing-masing cuba memenangi perlawanan dengan menjaringkan lebih gol daripada pasukan lawannya. Satu gol adalah hasil hantaran bola yang merentasi garisan gol yang terletak di antara tiang gol dan palang gol. Bola sepak dimainkan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki, tetapi para pemain dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya kecuali tangan. Penjaga gol yang bertugas mengelakkan bola daripada merentasi garisan gol pula dibenarkan menggunakan tangannya untuk menangkap bola di dalam kawasan penalti.
Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol memenangi sesebuah perlawanan. Namun, kalau kedua-dua menjaringkan jumlah gol yang sama, perlawanan itu dianggap sama (draw). Dalam pertandingan kalah mati, bagi menentukan pemenang, masa 30 minit (masa berlebihan, extra time) akan ditambah jika kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama dalam 90 minit yang asal. Pasukan yang menjaringkan gol yang lebih pada masa berlebihan ini memenangi perlawanan.
Kalau masa berlebihan tidak dapat menentukan pemenang, sepakan penalti akan diadakan. Setiap pasukan diberikan 5 sepakan penalti. Pasukan yang menjaringkan penalti yang lebih memenangi perlawanan.

Kejohanan antarabangsa

Pertandingan antarabangsa terbesar di dalam arena bola sepak ialah Piala Dunia FIFA yang diselenggarakan oleh FIFA. Piala Dunia diadakan setiap empat tahun sekali. Lebih dari 190 negara bertanding di peringkat kelayakan mengikut zon sebelum dapat melayakkan diri ke peringkat akhir. Perlawanan peringkat akhir ini biasanya berlangsung selama empat minggu dan kini melibatkan 32 pasukan (naik dari 24 pada tahun 1998). Brazil telah muncul sebagai pasukan yang paling berjaya di dalam Piala Dunia dengan muncul sebagai juara sebanyak 5 kali.

PENGURUSAN SUKAN

Definisi Pengurusan Sukan
Pengurusan sukan wujud dalam dua bentuk :
i. Pengurusan sukan adalah satu bidang usaha profesional di mana wujud pelbagai karier pengurusan yang berkaitan dengan sukan

ii. Pengurusan sukan merupakan satu program persediaan akademik, profesional yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi sebagai satu bidang yang wajib.

Definisi Pengurusan Sukan
Pengurusan sebagai proses merancang, mengelola, mengarah dan mengawal aktiviti manusia dengan campuran sumber lain dalam organisasi untuk mencapai matlamat yang ditetapkan

Kelly, Blanton dan Bertel (1990) mendefinisikan pengurusan sukan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan perancangan pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan budget, kepimpinan dan penilaian dalam konteks sesebuah organisasi atau jabatan di mana produk atau perkhidmatan berkaitan dengan sukan.

Pengurusan seperti yang didefinisikan oleh William,Charlie dan Warren 1972,ialah satu proses menggunapakai peralatan dan sumber manusia untuk mencapai sesuatu objektif yang ditentukan.

PERANCANGAN
Masa yang diperuntukkan
Jadual latihan, pra pertandingan dan pertandingan
Bilangan peserta
Belanjawan yang diberi
Menetapkan tempat latihan, pra pertandingan dan keperluan atlit atau badan sukan.

PENGELOLAAN
Masa yang diperuntukkan
Masa latihan, prapertandingan dan pertandingan
Bilangan peserta
Jenis pertandingan
Belanjawan yang diberi
Menyenarai pegawai
Kemudahan tersedia
Kemudahan alatan yang tersedia

PENGARAHAN
Maklumat perancangan dan bentuk latihan atau pertandingan
Mengarahkan komponen kemahiran yang lain menjalankan tugas mereka
Pemantauan dan pemerhatian ke atas perjalanan komponen kemahiran yang lain

PENGAWALAN
Maklumat komponen lain dalam pengurusan sukan
Mengawal selia bidang tugas komponen kemahiran pengurusan yang lain
Bersedia memberi bantu mula dan bantuan terapi kepada atlit yang mengalami kecederaan semasa latihan atau pertandingan dengan menyediakan fisioterapi dan pegawai perubatan

PENYEDIAAN BELANJAWAN
Kertas kerja program yang dirancangkan
Meneliti kertas kerja
Mendapatkan belanjawan daripada sektor/bahagian tertentu seperti KBS
Mendapat tajaan daripada badan-badan korporat dan individu.

KEPIMPINAN
Maklumat daripada komponen perancangan dan pengelolaan
Merangka rancangan latihan
Mengaplikasi prinsip-prinsip dan kaedah latihan
Menetapkan ujian dan mendapatkan skor
Mengurus persediaan dan kebajikan peserta/atlit
Pemakanan atlit

PENILAIAN
Maklumat daripada semua komponen kemahiran yang lain
Menilai :
Perancangan
Kemajuan atlet
Interpretasi
Kemudahan perubatan/fisioterapi/bantu mula
Kemampuan kepimpinan jurulatih,pengurus pasukan dan pakar pemakanan mengurus atlet
Sama ada kesemua komponen kemahiran bergerak di landasan yang betul dan mencapai objektif yang telah ditetapkan pada setiap yang dirancang.

Kemahiran dalam Pengurusan Sukan
Kemahiran Berkomunikasi
Mempunyai kemahiran untuk menghantar dan menerima maklumat secara verbal dan bukan verbal serta bagaimana seseorang pengurus dapat mempengaruhi kakitangan

Kemahiran dalam Pengurusan Sukan
Kemahiran Teknikal
Menyediakan belanjawan
Merancang jadual pertandingan
Merancang dan menyelia latihan
Mengurus pejabat
Menilai program dan aspek keselamatan
Kemahiran dalam Pengurusan Sukan
Kemahiran Konseptual

Berkeupayaan berfikir secara abstrak, memupuk idea dan memahami organisasi secara keseluruhan.

Tanggungjawab dalam Pengurusan Sukan
Perancangan
Berkemampuan memandang ke hadapan, mempunyai pemikiran logik dan berkeupayaan dengan baik.
Tanggungjawab dalam Pengurusan Sukan
Pengendalian
Pembahagian bidang kuasa, tugas dan penyediaan struktur.

Kakitangan
Pengambilan pekerja mengikut keperluan

Tanggungjawab dalam Pengurusan Sukan
Pengarahan
Bimbingan yang disediakan dan proses membuat keputusan
Koordinasi
Jalinan perhubungan antara kakitangan dalam penyelesaian masalah.

Tanggungjawab dalam Pengurusan Sukan
Pelaporan
Proses menyediakan dan melaporkan kepada orang yang bertanggungjawab.
Belanjawan
Pengawalan sumber kewangan dalam aktiviti organisasi.

Konsep utama Pengurusan Sukan
Autoriti
Kuasa yang diberi kepada seseorang untuk bertindak
Kuasa
Keupayaan untuk mengarah dan mengawal
Karisma
Keupayaan untuk merancang dan melakukan sesuatu di luar kemampuan


Konsep utama Pengurusan Sukan
Penurunan Kuasa (Delegation)
Memberi autoriti kepada orang lain
Tanggungjawab
Kesanggupan untuk menjalankan tugas
Akauntabiliti
Akauntabiliti untuk melakukan tugas dengan jayanya

Jenis Pengurusan Sukan
Laissez-faire
Profil yang rendah dan membenarkan organisasi berjalan dengan sendiri.
Autokratik
Pentadbir ialah ketua dan bukan pemimpin

Struktur dan Carta Organisasi Sukan
Struktur Formal
Ahli jawatankuasa yang telah ditetapkan dalam mesyuarat

Struktur Tidak Formal
Ahli-ahli sedia membantu di dalam melaksanakan sesuatu tugasan.
Carta Organisasi Sukan Sekolah
Contoh Organisasi Sukan Sekolah

Pengurusan Prasarana, Alatan dan Pasukan
Pengurusan prasarana
Peralatan-pembelian dan pengendalian
Penyimpanan
Penjagaan
Pembaikpulihan
Kekemasan Rekod
Pemilihan Pemain Melalui Uji Bakat
Jadual Latihan
Penyediaan Latihan
Pemilihan Staf
Penghargaan/Kebajikan


http://sainssukan.forumotion.com/t86-nota-pengurusan-sukanstpm

SISTEM PERNAFASAN ANDA

MANUSIA dewasa memerlukan 95 peratus pernafasan oksigen di dalam darah yang disedut bagi membolehkan sistem badan manusia berfungsi dengan normal.
Pernafasan penting bagi tujuan pembentukan tenaga hasil daripada metabolisme makanan. Pernafasan juga adalah sebahagian komponen yang membentuk tisu-tisu badan manusia.
Pernafasan juga membantu memulihkan tisu-tisu yang cedera dan mengelakkan penyakit dan meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan kecerdasan otak untuk berfikir dan sebagainya
Sistem pernafasan memain peranan utama dalam menentukan tisu badan manusia menerima bekalan oksigen yang mencukupi dan mengeluarkan hasil metabolisme tisu-tisu seperti karbon dioksida keluar dari badan manusia.
Ini dapat mengekalkan sistem peredaran darah manusia mempunyai kandungan udara (Arterial Blood Gases) yang diperlukan serta mengekalkan keadaan pH darah yang normal iaitu lingkungan 7.35 hingga 7.45. Sistem pernafasan dan proses metabolisme badan memainkan peranan penting dalam mengekalkan dan menyeimbangkan kandungan udara di dalam darah dan pH darah supaya sentiasa berkeadaan normal.
Keadaan ini membantu sistem badan manusia berfungsi pada tahap yang optimum dan mengelakkan daripada kekurangan oksigen didalam sistem peredaran darah atau dikenali sebagai hypoxemia dimana jika ia tidak dirawat dengan segera ia boleh menyebabkan:
lPeningkatan bilangan pernafasan (Tachypnoea)
lKesusahan bernafas (Dyspnoea)
lPeningkatan bilangan degupan jantung (Tachycardia)
lKebiruan pada kulit (Cyanosis)
lKeresahan (Restlessness)
lKelemahan otot pernafasan (Respiratory muscle weakness)
lHilang kesedaran diri (Confusion and Coma)
Fungsi sistem pernafasan boleh diganggu oleh penyakit-penyakit seperti influenza, radang paru-paru, asma, patah tulang rusuk, kecacatan rongga torak dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini akan menganggu ventilasi dan pertukaran gas-gas pada peringkat alveoli menyebabkan saluran pernafasan sempit atau dikenali sebagai Obstructive Syndrome yang disebabkan inflamasi, kontraksi (spasm) otot-otot lembut dan peningkatan cecair rongga pernafasan (lungs secretion).
Rasa ketat pada tisu paru-paru dan rongga torak atau dikenali sebagai Restrictive Syndrome juga bakal berlaku. Kelemahan otot pernafasan ini menyebabkan ventilasi udara menjadi tidak efisien dan menggunakan banyak tenaga. Ini meningkatkan kerja otot pernafasan yang sekali gus boleh menyebabkan kepenatan dan kelemahan otot pernafasan.
Justeru itu, bagi mengekalkan sistem pernafasan anda sentiasa berfungsi dengan baik, langkah pencegahan dari dijangkiti penyakit seperti penyakit-penyakit bawaan udara perlu diambil melalui:
lElakkan terdedah dengan pesakit yang sedang menghidapi penyakit paru-paru.
lSentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri seperti sentiasa mencuci tangan.
lMenggunakan penutup hidung dan mulut jika pengudaraan persekitaran tercemar atau berhubung dengan pesakit-pesakit penyakit paru-paru.
lSentiasa makan makanan seimbang.
lSegera mendapatkan rawatan perubatan jika mempunyai tanda-tanda serangan penyakit paru-paru seperti kesusahan bernafas, nafas berbunyi, batuk berterusan, kelemahan keseluruhan badan dan kurang berupaya melakukan kerja seharian kerana kesusahan bernafas.
Selain rawatan perubatan, fisioterapi juga boleh membantu mengekalkan fungsi sistem pernafasan dengan melakukan senaman pernafasan, teknik mengeluarkan lebihan cecair paru-paru atau kahak, senaman meningkat toleran paru-paru dan pendidikan tentang penjagaan paru-paru yang boleh diperoleh di Unit Fisioterapi hospital kerajaan mahupun swasta.
Secara amnya, senaman pernafasan atau lebih dikenali sebagai Active Cycle Breathing Technique (ACBT) digunakan jika kita mempunyai masalah kesusahan bernafas, batuk berkahak dan kurang toleran paru-paru manakala teknik kedudukan selesa dan Postural Drainage digunakan bagi meningkatkan ventilasi dan pertukaran udara di peringkat tisu paru-paru melalui proses ventilasi-perfusi serta membantu mengeluarkan lebihan cecair paru-paru.
Manakala pendidikan tentang penjagaan paru-paru akan diberikan oleh ahli fisioterapi bagi memberi pengetahuan tentang pencegahan dan perawatan terhadap penyakit paru-paru


sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0818&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm

ANTOMI DAN FISIOLOGI

Anatomi dan Fisiologi dalam Pendidikan Jasmani
Anatomi dan fisiologi bermaksud struktur serta kedudukan sesuatu organ berkaitan dengan badan manusia serta fungsinya dalam aktiviti dalam kehidupan manusia. Anatomi dan juga fisiologi memainkan peranan yang penting sebagai pengetahuan asas bagi pakar-pakar dalam bidang perubatan seperti doktor perubatan dan juga pakar bioperubatan.
Anatomi
Anatomi boleh dikatakan sebagai satu kajian tentang struktur sesuatu badan manusia dan perkaitan antara struktur itu satu dengan yang lain. Perkataan anatomi berasal dari perkataan Yunani ‘ana’ yang bermaksud asingkan manakala ‘tome’ yang membawa maksud memotong. Anatomi badan manusia tergolong dalam kumpulan-kumpulan berikut:
• Sel dan histologi,
• Sistem pernafasan,
• Sistem kardiovaskular,
• Sistem pencernaan,
• Sistem lokomotif,
• Sistem saraf.
Badan manusia terdiri daripada struktur asas tubuh iaitu yang terdiri daripada Sistem Rangka dan juga Sistem Otot. Sistem Rangka merupakan gabungan daripada tulang-tulang yang terdapat dalam badan. Sebanyak 206 tulang yang ada dalam sistem rangka. Sokongan adalah satu fungsi dalam tubuh badan manusia. Tulang-tulang yang ada dalam badan akan menjadi penyokong untuk bergerak, berlari, berjalan, melakukan aktiviti-aktiviti fizikal dan sebagainya. Selain itu juga sistem rangka juga memainkan peranan yang penting sebagai pelindung. Kita boleh katakana sisitem rangka sebagai pelindung kerana tulang-tulang ini akan melindungi organ dalamaan badan daripada tercedera. Sebagai contoh seorang pemain bola tidak akan mengalami kecederaan organ dalaman yang teruk apabila terkena tendangan yang kuat kerana sistem rangka ini memberi perlindungan kepada organ dalaman badan. Pergerakan juga merupakan fungsi sistem rangka. Tulang-tulang dalam badan akan membantu pergerakan badan kita. Jika badan kita tidak mempunyai tulang, ini akan menyebabkan badan kita akan menjadi satu jasad yang tidak akan dapat bergerak. Penghasilan darah merah berlaku didalam tulang manusia. Selain daripada memberi perlindungan, sokongan bahkan membantu dalam pergerakan sistem rangka juga penting sebagai satu tempat penghasilan darah merah dalam sum-sum tulang. Oleh yang demikian badan memerlukan tulang bukan sebagai penyokong dan sebagainya tetapi juga sebagai tempat penghasilan sel darah merah.

Jenis-jenis tulang yang terdapat pada badan manusia

Tulang dalam badan manusia boleh dikelaskan dalam empat kumpulan iaitu tulang panjang, tulang pendek, tulang pipih dan juga tulang yang tidak sama bentuk.

Sistem otot juga memainkan peranan yang sangat penting dalam badan manusia. Tiga jenis otot utama yang ada dalam badan manusia ialah otot rangka yang terdiri daripada delton, bisep, trisep dan sebagainya. Otot yang terpenting dan hanya terdapat pada jantung manusia ialah otot kardiak. Selain itu, otot licin adalah satu jenis otot yang paling penting dalam badan manusia. Otot ini lebih kepada otot dalaman seperti otot hati, usus dan sebagainya. Sistem hati memainkan peranan yang sangat penting dalam tubuh badan manusia. Otot-otot ini digunakan untuk menghasilkan pergerakan. Selain itu juga otot –otot ini dapat mengekalkan postur badan manusia daripada berubah bentuk. Otot badan juga sangat penting untuik penghasilan haba dalam badan disamping menstabilkan sendi-sendi.

Sports Psychology: Two Top Strategies For Regaining Control Of Your Sport Performance

To be a consistent performer you *must* slay the raging monster within (control your emotions during competition). I am sure at one time (or two), you became upset, frustrated, or angry with yourself and it cost you the game or match. How quickly you can recover from errors and mishaps will hinge on you sport performance and ability to stay composed.
In the field of sports psychology, I see many talented athletes who do not know how to control their negative emotions and fail to reach their potential because they get hot-headed, angry, or just crawl into their negative mental shell and don't return. You know the type: The perfectionist athlete who is prone to emotional outbursts after errors or when not performing up to his or her expectations.
Emotional control is when you stay even-tempered, level-headed, or poised even when you are challenged by mishaps or adversity. Even the top athletes, such as Tiger Woods, get upset. But they are able to gain control quickly and get back to business. Recovering quickly from mistakes, separates champions from athletes who crack under adversity and are cooked mentally for the rest of the competition.
To Gain Control Of Your Sport Performance Do These Two Strategies:
  1. How to have a positive pregame mindset for competition.
  2. How to let go of errors before emotions snowball out of control.
Your very first step is to identify strict expectations that cause you to become upset when you do not achieve your own expectations. Here is a baseball example to highlight the mental game dangers of expectations. One of my students, a college pitcher, expected to throw a no-hitter every game. What do you think happened when he gave up his first hit? He got frustrated and negative with his game because the perfect game was no longer obtainable. It took him several innings to get his emotional balance back and by the time he did recover, it was too late.
Some expectations that can lead to feelings of frustration include: I must play perfectly to be successful today.
 
  • I expect to perform perfectly today and if I don't, I am failing.
  • I cannot make any mistakes if I want to win.
  • To play my best, I must have an error-free performance.
  • I can’t stand making stupid errors and should be upset with them.
If you carry these expectations into competition, you set yourself up for feeling like you are failing. In reality, you leave yourself no room for success.

source : http://www.selfhelpmagazine.com/article/sport-performance

PANDUAN PEMAKANAN SUKAN

pemakanan ahli sukan

JENIS-JENIS
Kolesterol adalah lipid yang hanya didapati dari makanan berasaskan haiwan dan tidak didapati dari tumbuh-tumbuhan. Kolesterol penting untuk membentuk hormon seperti testosteron dan estrogen. Fosfolipid boleh didapati dari kuning telur, hati, kekacang dan lecithin.
FUNGSI LEMAK
Secara am, fungsi lemak adalah untuk membekalkan tenaga bagi proses metabolisme. Majoriti trigliserida disimpan dalam tisu adipos. Trigliserida akan diuraikan menjadi asid lemak dan gliserol yang dapat menghasilkan tenaga.
Keperluan semasa senam
Semasa rehat, lebih kurang 60% dari tenaga kita dibekalkan oleh proses metabolisme lemak. Orang dewasa memerlukan 10-15% kalori yang berasaskan lemak. Atlit memerlukan 15-25% kalori dari lemak dalam diet harian sebagai simpanan tenaga semasa latihan.
PROTEIN
Protein terdiri dari rantaian asid amino. Apabila dua asid amino bergabung, ia dikenali sebagai dipeptida dan jika lebih dari dua, dipanggil polipeptida. Protein boleh didapati dari daging, hasil tenusu, kekacang dan juga tumbuhan seperti brokoli dan lobak merah.
Keperluan Semasa Senam
Orang dewasa memerlukan lebih kurang 12-15% kalori yang berasaskan protein. Atlit memerlukan 15-20% kalori protein dari diet harian. Walaupun protein tidak merupakan sumber tenaga yang utama semasa senam, pengambilannya adalah penting untuk memastikan metabolisme tubuh seperti pembinaan tisu dan pembaikpulih sel tidak terganggu.
VITAMIN DAN MINERAL
Vitamin adalah bahan organik yang esential. Ia hanya didapati melalui makanan sahaja. Mineral pula adalah bahan inorganik yang diperlukan oleh tubuh badan seperti natrium, kalium, klorida, kalsium, magnesium, ferum dan sulfur.
Jenis-jenis vitamin dan keperluan
Jenis Vitamin Keperluan dan Fungsi Sumber dari Makanan
Larut Lemak;
Vitamin A


Vitamin D



Vitamin E



Vitamin K
5000 IU (menggalakkan pertumbuhan tulang; mengelakkan rabun)

200 IU ( berfungsi sebagai hormone menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus)

15 mg d-alpha
(antioksidan untuk lindung
sel membran dari kerosakan)

80 mikrogram (membantu koagulasi darah)
Hati, susu, karotenoid
Keledek

Hasil tenusu, margarin
Minyak ikan


Minyak sayuran, sayursayuran
hijau, kuning telur

Hati, telur dan bayam
Larut Air;
Vitamin C



Vitamin B Kompleks
90 mg(lelaki); 75 mg (wanita)
(Bentuk kolagen; membantu penyerapan ferum)

2.4 mikrogram(membentuk koenzim bagi membina DNA; bantu pembinaan sel darah merah)

Buah-buahan sitrus,
Sayur-sayuran hijau


Daging, ikan, ayam dan
hasil tenusu
Jenis Mineral Keperluan dan Fungsi Sumber dari makanan
Kalsium


Magnesium 1000 mg
(pembentukan tulang dan
gigi; transmisi impuls saraf)
400mg
(Sintesis protein, pengecutan
otot) Hasil tenusu, kuning
Telur, kekacang

Kekacang, sayur-sayuran
hijau, buah-buahan

Keperluan dan Kepentingan Air Kepada Atlit


Atlit memerlukan antara 2000-2800 ml air sehari untuk memastikan keseimbangan cecair badan. Atlit memerlukan pengambilan air yang lebih banyak terutamanya bagi menyelenggarakan suhu badan. Air boleh dibekalkan secara langsung melalui minuman (termasuk jus buahan, susu) dan juga melalui makanan.

Proses metabolisme yang melibatkan penguraian karbohidrat, lemak dan protein juga akan menghasilkan air. 65% dari air dalam badan distor dalam sel (intrasel) manakala yang lain di luar sel seperti dalam pembuluh darah dan cecair serebrospinal (ekstrasel).

Elektrolit adalah bahan, dalam bentuk cecair yang boleh mengkonduksikan arus elektrik. Cecair tersebut juga dikenali sebagai cecair elektrolit contohnya asid, bes dan
garam. Elektrolit utama adalah natrium, kalium, klorida, bikarbonat, sulfat, magnesium dan kalsium.






Penyelenggaraan Suhu Badan

Suhu badan dikawal oleh hipotalamus, satu struktur di otak yang merupakan sebahagian dari sistem saraf pusat. Contohnya, sekiranya kulit kita menjadi panas
kerana cuaca panas atau demam, tubuh badan akan membuat penyesuaian untuk mengurangkan haba. Pertama, lebih darah akan mengalir berdekatan dengan
kulit supaya haba dapat dibebaskan dengan lebih mudah melalui kulit. Kedua, perpeluhan akan bermula dan penyejatan peluh akan mengurangkan haba badan.

PEMAKANAN SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS LATIHAN DAN PERTANDINGAN
Prestasi fizikal boleh ditingkatkan melalui pemakanan yang baik. Contohnya peningkatan pengambilan karbohidrat sebelum dan semasa latihan dapat meningkatkan kualiti latihan atlit. Atlit akan dapat berlatih dengan lebih lama dan melambatkan rasa kelesuan ketika latihan. Berikut adalah contoh pengambilan karbohidrat sebelum, semasa dan selepas latihan.

Pemakanan Sebelum, Semasa dan Selepas Latihan
Latihan Jumlah perlu Diambil
(gram / kg berat badan)
waktu
Contoh Makanan

Sebelum
4-5 4 jam sebelum
latihan Nasi, buah-buahan

Semasa
1.0 Setiap 15 – 20
minit selepas
latihan bermula Minuman
Berkarbohidrat

Selepas
1.0 Selewat-lewatnya 2
jam selepas latihan
tamat Nasi, kentang,
roti, glukos


Semasa pertandingan, atlit akan menggunakan sumber tenaga dari sistem tenaga yang berbeza bergantung kepada jenis, intensiti dan jangkamasa aktiviti tersebut. Contohnya untuk aktiviti yang berintensiti tinggi dan tidak lebih dari 3 minit seperti larian 200m, sumber tenaga akan dibekalkan oleh glukosa dalam darah dan glikogen otot. Apabila aktiviti tersebut melebihi 5 minit seperti permainan bolasepak, glikogen hati dan lemak pula akan mula membekalkan tenaga bagi aktiviti tersebut.

Pada masa yang sama, ketiga-tiga sistem tenaga ini juga memerlukan vitamin dan mineral tertentu untuk memastikan keberkesanan sistem tenaga ini. Semasa pertandingan, atlit patut mengambil cecair yang tinggi kandungan karbohidrat dan rendah kandungan lemaknya untuk mengelakan ketidakselesaan dalam perut.

Atlit yang mengamalkan pemakanan yang optimum boleh melakukan kebanyakan aktiviti fizikal dengan menggunakan sumber tenaga yang disimpan dalam tubuh badan. Adalah penting untuk atlit memastikan gaya pemakanan adalah bersesuaian dengan aktiviti yang dilakukan dan juga mempunyai kandungan kalori yang mencukupi. Contohnya seorang atlit berdaya tahan tinggi memerlukan sehingga 3,500 kalori sehari dengan 60-70% (karbohidrat): 20-30% lemak: 10-15% protein (termasuk asid amino esential).

Bantuan Ergogenik dalam Pemakanan

Bantuan ergogenik adalah bahan atau fenomena yang boleh membantu meningkatkan prestasi fizikal dalam sesuatu acara sukan. Contohnya, pemakanan yang tinggi karbohidrat boleh menyimpan lebih banyak tenaga dalam tubuh; sokongan dari para penonton dapat memberi keyakinan kepada atlit; baju renang hidrodinamik yang mempunyai rintangan air yang rendah boleh meningkatkan kelajuan atau steroid anabolik yang boleh memberi kekuatan yang lebih bagi ahli angkat berat.


Tokokan karbohidrat

Penambahan simpanan karbohidrat dalam glikogen otot dan hati dikenali sebagai tokokan karbohidrat atau kompensasi glikogen. Teknik ini biasanya digunakan untuk atlit acara tahan lasak seperti pelari marathon, lumba basikal lebuhraya dan triathlon. Bekalan glikogen ke otot dan hati boleh ditingkatkan dalam mengurangkan latihan dan pada masa yang sama menambahkan pengambilan makanan yang kaya dengan karbohidrat.

Pengambilan karbohidrat yang berlebihan harus dijalankan selama
seminggu sebelum hari pertandingan. Pengurangan isipadu dan intensity latihan sekurang-kurangnya 48 jam sebelum hari pertandingan membolehkan badan menyingkirkan sebarang hasil buangan metabolik yang mungkin menjejaskan prestasi atlit tersebut. Fasa tokokan karbohidrat ada tiga fasa iaitu :
> Fasa 1 (hari 1–2) : Latihan berintensiti tinggi, pengambilan karbohidrat normal.
> Fasa 2 (hari 3–5) : Latihan dikurangkan, peningkatan pengambilan karbohidrat (70%).
> Fasa 3 (hari ke-6) : Hari pertandingan, selepas pertandingan pemakanan seperti biasa kembali.





sumber : http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2008/09/pemakanan-ahli-sukan.html

SEJARAH SAINS SUKAN DI MALAYSIA

Pada tahun 1968, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah ditubuhkan untuk menganjur dan melaksanakan program pembangunan sukan sekolah-sekolah di Malaysia. Dasar Pelajaran Kebangsaan telah dibentuk dan ia menekankan domain psikomotor, kognitif dan afektif. Pada tahun 1972, kemudahan infrastruktur dan tenaga pengajar telah dimajukan bersama. Di peringkat institusi pengajian tinggi, Universiti Malaya telah memasukkan pendidikan jasmani dalam kursus diploma pendidikan pada tahun 1977. Universiti Putra Malaysia, Serdang telah memulakan pengambilan siswazah untuk program Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan Jasmani). Pengambilan pertama dimulakan dengan guru-guru terlatih seramai 20 orang. Pada tahun 1995, program Sarjana Muda Sains Sukan ditawarkan. Universiti Malaya memulakan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan pada tahun 1995 dengan pengarah Pusat Sukan yang pertama, Profesor Khoo Kay Kim dan Timbalan pengarah, encik Megat Ahmad Kamaluddin bin Megat Daud. Mahasiswa yang pertama mendaftar program Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan Universiti Malaya ialah SAIDOL MUNTOH ( saidolm@yahoo.com ), pencipta forum SSM ini, nombor matrik V195001, kini sedang membuat penyelidikan Phd di Universiti Malaysia Sabah. Institut Teknologi MARA yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA menawarkan diploma Sains Sukan. Institut Sukan Negara (ISN) yang mula beroperasi di Stadium Jalan Raja Muda, Kampong Baru dikenali sebagai Klinik Sukan Negara sebelum berpindah ke bangunan baru di Kompleks Sukan Negara. Penyelidikan-penyelidikan dalam bidang sains sukan dikendalikan bagi tujuan persediaan atlit negara. SEJARAH SAINS SUKAN MALAYSIA Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia (PPJM) ialah sebuah badan sukarela yang mempunyai ahli terdiri daripada guru-guru, pensyarah-pensyarah atau tenaga pengajar mata pelajaran pendidikan jasmani, jurulatih dan individu yang berminat dalam pembangunan dan pendidikan sukan. Badan ini telah menganjurkan seminar- seminar Sains Sukan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pada tahun 1997, namanya ditukarkan kepada Persatuan Pendidikan Jasmani, Sains Sukan dan Kecergasan Malaysia (PPJSKM) untuk mencerminkan satu badan yang lebih luas bidangnya. Selain badan ini, terdapat bahagian-bahagian bukan kerajaan yang aktif mempromosikan pelbagai aspek sains sukan. Pada tahun 2000, Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan mata pelajaran Sains Sukan sebagai satu mata pelajaran elektif wajib untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4 di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor Bahru. Mata pelajaran ini KINI dijadikan satu mata pelajaran peperiksaan SPM pada tahun 2001 dan kini di peringkat STPM ( Pra U ).

sumber : http://sainssukan.forumotion.com/

MALAYSIA XI VS CHELSEA